SELAMAT DATANG KE LAMAN JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,SEMAMBU, PAHANG DARUL MAKMUR.
Featured Articles

Berita Terkini

Friday, July 30, 2010




AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN PKPK SEMPENA MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN 1431H

Sukacita dimaklumkan, pihak PKPK akan menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang Ramadhan pada tahun ini. Semua warga POLISAS yang beragama Islam dijemput menyertai program ini.

Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-
i) Slot 1 : Ceramah Isra' Mikraj : Pengajaran Yang Tersurat & Tersirat, oleh Ustaz Saudi bin Saad Pada 28 Julai 2010 (Rabu)

ii) Slot 2 : Ceramah Tuntutan Sya'aban : Matlamat Insan Kamil, oleh Ustaz Mohd. Zainudian bin Zakaria Pada 05 Ogos 2010 (Khamis)

iii) Slot 3 : Ceramah Ramadhan : Kedatangannya Yang Ditunggu-tunggu, oleh Ustaz Mansor bin Ahmad Pada 17 Ogos 2010 (Selasa)

iv) Slot 4 : Mega Tadarus Pada 25 Ogos 2010 (Rabu)


Program Tahlil Arwah Sempena Ramadhan juga dianjurkan dengan penyertaan RM20/arwah. Sila hubungi Pengerusi Biro Kebajikan PKPK (En. Mohd. Khaspi bin Kosnin) untuk keterangan lanjut.

Segala kerjasama dan usaha tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sumber : PKPK/BK/09(08)



PENDAFTARAN KELAS PERSEDIAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN MUET 2010

Pendaftaran secara online bagi mengikuti kelas persediaan MUET dibuka kepada semua bermula pada 03 Mei 2010 hingga 31 Julai 2010. Untuk mendaftar, KLIK DISINI

PERHATIAN :

* Sila cetak Slip pendaftaran yang telah lengkap diisi secara online DAN

* Sertakan kiriman wang RM 100.00 di atas nama Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.


Dihantar ke alamat dibawah:
Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
25350 Semambu, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pegawai di Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan, di talian 09-5655 370 begin_of_the_skype_highlighting 09-5655 370 end_of_the_skype_highlighting.


Sumber : ULPL, POLISAS