SELAMAT DATANG KE LAMAN JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,SEMAMBU, PAHANG DARUL MAKMUR.
Featured Articles

Berita Terkini

About Us



MAKLUMAT AM JTM

Jabatan Teknologi Makanan diwujudkan selari dengan penubuhan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, pada tahun 1977. POLISAS satu-satunya politeknik di seluruh negara yang menawarkan Kursus Teknologi Makanan.Kursus Teknologi Makanan meliputi bidang Sains dan Teknologi Makanan. Kursus ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor industri makanan dan juga agensi kerajaan yang berkaitan. Kursus ini memberi pengetahuan dalam bidang sains makanan seperti kimia makanan, analisis makanan, mikrobiologi makanan, kejuruteraan makanan dan lain-lain.Pelajar didedahkan pengetahuan dan latihan dalam operasi pemprosesan dan pengeluaran makanan, bermula dari pemilihan bahan mentah sehinggalah pengedaran produk makanan.

KURSUS YANG DITAWARKAN

Diploma Teknologi Makanan (DTM) (Kod Kursus D90)

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Bangunan JTM terdiri daripada 2 blok bangunan iaitu blok A dan blok B. Blok A merupakan bangunan lama 2 tingkat yang dibina pada tahun 1983 dan terdiri daripada:

1. Bilik Pensyarah

2. Bilik Alat Pandang Dengar

3. Makmal Kawalan Mutu

4. Makmal Lemak Minyak

5. Makmal Mikrobiologi

6. Makmal Bijirin

7. Makmal Hasil Ternakan

8. Makmal Pemprosesan

9. Bilik Kuliah A dan B


Blok B merupakan bangunan baru 4 tingkat yang siap dibina pada tahun 2004 dan terdiri daripada :-

1. Pejabat Pentadbiran & Bilik Pensyarah

2. Makmal Persediaan Makanan

3. Makmal Sensori

4. Makmal Analisis

5. 2 Makmal Sains (gunasama dengan Jabatan Matematik, Sains & Komputer)

6. Bilik Kuliah 2A, 2B, 3A dan 3B