SELAMAT DATANG KE LAMAN JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,SEMAMBU, PAHANG DARUL MAKMUR.
Featured Articles

Berita Terkini

Hal-Hal Pelajar

MAKLUMAT AM UNIT HHP

Unit Hal-hal Pelajar (UHHP) telah ditubuhkan pada tahun 1981. Unit ini menjalankan segala tanggungjawab yang berurusan dengan semua hal pelajar. Mulai tahun 2001 unit ini telah dipecahkan menjadi dua (2) seksyen iaitu Pengambilan & Data dan Kebajikan & Disiplin.

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan Kad Pelajar dalam masa tujuh hari. Mendaftar Pelajar pada hari yang sama. Menyelesaikan mengenai kebajikan pelajar dengan cekap. Mengawal disiplin dengan cara berhemah.

FUNGSI UNIT

i. Pengambilan & Data Menguruskan segala hal berhubung dengan pengambilan dan
pendaftaran pelajar semasa dan baru. Menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar. Menguruskan pertukaran antara Politeknik dan pertukaran kursus.
ii. Kebajikan & Disiplin Menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar di bawah pengurusan
Pegawai Biasiswa dan Pinjaman. Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar
iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Kelab dan Persatuan yang ditubuhkan oleh
pelajar. Bertindak sebagai urus setia tatatertib pelajar yang melihat dan memantau segala perlakuan sosial pelajar dan disiplin.